Abang Viva terima Pingat Jasa Kebaktian

0
355

WIRA banjir yang dikenali Abang Viva, Azwan Omar dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir pada sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73, hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan media, Azwan dilihat hadir bersama ibunya Norbibah Hashim, 67 pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Azwan pernah menjadi bualan ramai apabila kisahnya membantu mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan sebuah bot, tular di media sosial pada Disember lalu.

Ketika itu, beliau bergerak solo memandu kereta Perodua Viva membawa bot getah ke Selangor dari Melaka.

Azwan membantu mangsa banjir di Shah Alam.

Difahamkan, Azwan yang bekerja sebagai operator mesin memohon cuti kecemasan daripada majikannya untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Dalam istiadat itu yang diadakan mengikut tiga sesi menyaksikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here