110 sekolah laksana projek rintis kelas hibrid

0
273

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan melaksanakan projek rintis membabitkan 550 kelas hibrid di 110 sekolah terpilih di seluruh negara bermula November depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia adalah sebahagian pelan transformasi KPM bagi memperkasa pendidikan digital negara.

“Sebanyak 110 sekolah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan dipilih dengan setiap lima bilik darjah sekolah terbabit akan ditingkatkan sambungan internet untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara hidbrid.

“Bermakna guru boleh mengajar dalam bilik darjah dan pada masa sama murid boleh terbabit sama dalam proses itu dengan aktif menerusi penggunaaan komputer riba dan skrin pintar di dalam kelas.

“Pada masa sama juga, murid di sekolah lain dapat akses kepada pengajaran yang dilaksanakan oleh guru terbabit.

“Dalam konteks ini ia memudahkan perkongsian pengajaran ini, yang mana guru di sekolah tertentu ingin membawa murid mereka mengikuti pembelajaran atau topik tertentu dengan guru lain di sekolah lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Transformasi Pendidikan: Pemerkasaan ICT di SMK Putrajaya Presint 18(1), Putrajaya, hari ini, lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here