Wanita pakai ihram memang berpakaian lelaki sepanjang masa

0
571

WANITA yang memakai ihram ketika mengerjakan umrah baru-baru ini memang berperwatakan tomboi dan berpakaian lelaki sepanjang masa.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang penduduk di salah satu kawasan perumahan di Titi Gantong, Bota.

“Dia memang perempuan tetapi sejak dulu berperwatakan tomboi dan berpakaian lelaki sepanjang masa,” katanya  tinggal di kawasan perumahan sama dengan keluarga seorang wanita mengaku lelaki dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau ‘Ayid’.

Wanita berperwatakan lelaki itu mencetuskan kontroversi  apabila memakai ihram ketika mengerjakan  umrah baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, penduduk yang enggan dikenali itu berkata,  keluarga wanita yang dikenali sebagai Ayid itu sudah belasan tahun tinggal di kawasan tersebut dan mendakwa ketika berpindah ke situ, Ayid berusia kira-kira 13 tahun.

Katanya, sejak itu dia melihat Ayid tidak pernah memakai pakaian wanita, melainkan memakai selendang tanpa menutup rambut pada hari pengebumian seorang daripada ahli keluarganya.

“Dari dulu lagi dia tidak pernah berpakaian wanita, sebaliknya hanya memakai seluar dan t-shirt (seperti lelaki). Ketika hari raya juga dia balik ke kampung, tetapi tetap berpakaian seperti lelaki,” katanya.

Katanya, sejak kes mengenai Ayid tular, keluarganya meninggalkan rumah itu dan mengesahkan ibunya sedih dengan kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here