Beli beg lelong, jumpa mayat dua kanak-kanak

0
263

Beli beg lelong, jumpa mayat dua kanak-kanak

SEBUAH keluarga terkejut besar apabila menemukan ayat dua kanak-kanak dalam dua beg yang dibeli dalam satu acara lelongan di New Zealand.

Polis tempatan, Detektif Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua, berkata mangsa dipercayai berusia antara lima hingga 10 tahun apabila mereka mati.

“Mayat mereka disembunyikan di dalam dua beg bagasi bersaiz hampir sama,” kata Vaaelua.

Polis melancarkan siasatan kes bunuh di Auckland minggu lalu selepas mayat mereka ditemui apabila sebuah keluarga membeli barangan di dalam sebuah treler yang dilelong dari sebuah tempat penyimpanan di Auckland Selatan.

“Polis mengulangi bahawa keluarga terbabit tiada kaitan dengan pembunuhan kedua-dua kanak-kanak itu tetapi mereka amat terkejut dan tertekan dengan penemuan berkenaan.

“Mereka meminta supaya jangan diganggu,” tambahnya.

Polis menggunakan barangan isi rumah dan peribadi yang ditemui bersama dua beg bagasi itu dalam usaha untuk mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa pembunuhan berkenaan.

Menurut Vaaelua, polis New Zealand juga sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa Interpol walaupun saudara-mara mangsa dipercayai masih berada di negara itu. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here