Lelaki gunting bendera jalur gemilang ditahan

0
603

POLIS menahan seorang lelaki yang menggunting bendera Malaysia berdekatan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 41 tahun tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.37 tengah hari berdekatan bangunan MITEC Jalan Ampang.

“Lelaki warga tempatan dan penganggur terbabit akan direman pada esok bagi siasatan lanjut. Kita juga sedang menyiasat motif kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Terdapat sebuah video yang tular di media sosial berdurasi 37 saat yang memaparkan individu terbabit telah merosakkan dengan menggunting bendera jalur gemilang.

“Polis menasihati orang ramai agar menyalurkan maklumat dengan serta merta sekiranya terdapat aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here