Mizz Nina rayu bantuan orang ramai jejak sepupu OKU.

0
429

SELEBRITI tanah air, Shazrina Azman, atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, memohon bantuan orang ramai bagi membantu mengesan sepupunya yang hilang sejak 13 Ogos lalu.

Dalam satu hantaran di laman Instagram peribadinya, Mizz Nina berkongsikan gambar serta maklumat berkaitan sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin.

“Sepupu saya hilang, dia merupakan seorang OKU. Jika anda pernah ternampak dia, sila hubungi nombor telefon yang tertera.

“Tolong sebarkan dan semoga Allah permudahkan, Aamiin,” katanya.

Dalam maklumat yang dikongsikan, Mizz Nina menyatakan bahawa sepupunya yang berusia 26 tahun itu tidak memiliki telefon bimbit serta berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Tambahnya, wanita itu turut mempunyai ciri-ciri fizikal normal seperti berketinggian 146 cm dengan kulit sawo matang.

Hantaran itu turut dikongsikan bekas suaminya, Muhammad Noh Salleh menerusi Instagram bagi membantu memudahkan urusan pencarian wanita yang masih gagal dikesan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here