Gudang bunga api meletup:1 maut, 51 cedera

0
212

SEKURANG-KURAGNYA seorang maut manakala 51 cedera akibat letupan di gudang penyimpanan bunga api di ibu negara Armenia, semalam.

Letupan berlaku di Pasar Surmalu yang merupakan pasar popular dalam kalangan penduduk setempat, lapor Astro Awani.

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlaku selama beberapa jam selepas letupan pada sebelah petang.

Misi mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terperangkap di bawah kepingan konkrit masih diteruskan.

Kementerian Kesihatan Armenia setakat ini masih belum mengeluarkan laporan rasmi jumlah korban dan kecederaan.

Pasar Surmalu yang terletak 2 kilometer di selatan pusat bandar terkenal dengan harga yang rendah dan mempunyai pelbagai barangan.

Setakat ini punca letupan bunga api atau mercun itu masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here