Covid 19: 4,831 kes baharu, 12 kematian dicatatkan semalam

0
256

KES baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan semalam kepada 4,831 kes dengan enam kes import berbanding 4,896 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,686,237 kes.

Menurut laporan Kosmo!, sebanyak 1,459 kes aktif telah dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kumulatif kes aktif kini merekodkan sebanyak 46,081 kes.

Sejumlah 3,362 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,642,078 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,673 kes diikuti Kuala Lumpur (1,012), Sabah (36), Perak (356), Negeri Sembilan (316), Pulau Pinang (210), Melaka (115), Johor (144), Putrajaya (141) dan Kedah (124).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Sarawak (115), Pahang (79), Kelantan (75), Terengganu (46), Labuan (19) dan Perlis (enam),” menurut perkongsian data di laman web tersebut pada Jumaat.

Dalam pada itu, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,066 dan BID 7,667.

Sebanyak 44,404 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,584 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 40 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here