Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di LPT2

0
207

SEORANG lelaki maut, manakala dua rakannya parah dalam satu kemalangan di KM301.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Plaza Tol Kijal berhampiran Kemaman, Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi Khamis itu, Saharuzaman Abd Wahab, 48, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah bahagian kepala, manakala Kamarulzaman Abu Bakar, 52, dan Mohd Afiq Mohd Noor, 23, dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang maut itu merupakan seorang mekanik sementara dua rakannya adalah pemandu serta kelindan lori, lapor FMT.

Ketika kejadian, katanya, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Perodua Axia yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

“Dalam masa sama, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun bersama isteri dan anaknya dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar kereta mangsa,” katanya.

Tambah Hanyan, rempuhan itu mengakibatkan kesemua mangsa dalam kereta Axia tercampak keluar, sementara pemandu pacuan empat roda bersama dua penumpangnya tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here