Polis cari individu serang dua lelaki

0
744

POLIS sedang mengesan individu terlibat dalam satu klip video tular memaparkan serangan terhadap dua lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellham Yahaya berkata, pihaknya terkesan video berdurasi satu minit 27 saat itu memaparkan kejadian tersebut yang dimuatnaik di media sosial.

“Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 10 Ogos sekitar jam 9.17 malam.

“Siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4.45 petang susulan satu kemalangan melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal,” katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Sinar Harian.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kesemua individu terlibat sedang dikesan,” tambah Noor Dellham.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu atau saksi mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03 26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03 21159999

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here