Noh Salleh dan Mizz Nina sah bercerai.

0
279

PASANGAN selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina berkongsi berita perpisahan secara serentak menerusi laman Instagram masing-masing sekaligus mengesahkan laporan media berkenaan penceraian mereka.

Noh berkata, keputusan dibuat untuk berpisah telah dilakukan bersama bekas Isteri.

“Saya dan Nina ingin berkongsi pengumuman penting. Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan,” katanya, dalam ciapan yang menyentuh hati itu.

Dalam pada itu, Vokalis kumpulan Hujan itu tidak mahu peminat membuat spekulasi atau menyebarkan berita palsu tentang pasangan itu.

“Minta semua mendoakan kami dalam tempoh iddah ini, kita hanya boleh merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik.

“Memetik surah al-Hujurat ayat 12, jangan membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu mengenai kami bagi mengelakkan fitnah,” katanya.

Noh turut meminta peminat bertenang kerana dia dan bekas isterinya masih berkawan di samping berterima kasih kepada semua orang yang memberikan sokongan kepada mereka.

“Jangan risau, kami tetap berkawan dan mendoakan yang terbaik untuk satu sama lain.

“Kami berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang banyak memberikan sokongan kepada kami selama ini,” ujarnya.

Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat, Baby Musa pada Mac lalu. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here