“Harga makanan makin mahal, upah kami makin sedikit” – Rider rancang boikot hantar makanan esok

0
511

GERAKAN solidariti penghantar makanan akan melakukan boikot selama sehari esok susulan kadar upah mereka dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Boikot berkenaan dimaklumkan menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun twitter #PartTimeKL pada Khamis sebagai tanda solidariti kepada penghantar makanan.

Posting berkenaan menjelaskan penghantar makanan tidak akan beroperasi selama sehari esok (Jumaat).

“Solidariti untuk rakan-rakan rider frontliner @GrabMY & @foodpanda_my yang akan mogok satu hari esok. Yang mana tak dapat avoid, expect order delay/cancelled,” katanya lapor Sinar Harian.

Difahamkan tindakan itu diambil berikutan harga makanan yang dihantar naik tetapi kadar upah penghantaran dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

“Dah la makanan anda semakin mahal, fare kami pula makin sedikit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here