31 PATI Myanmar cuba ceroboh sempadan negara

0
327

Oleh RIZQI ZABIDI

HASRAT 31 warganegara Myanmar memasuki negara ini secara haram ‘terbantut’ apabila kesemua mereka diberkas sepasukan anggota tentera yang sedang melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand, dekat Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, semalam.

Kenyataan dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) itu terdiri daripada 21 lelaki dan 10 perempuan ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Dalam usaha meloloskan diri katanya, kalangan PATI itu cuba bersembunyi dalam semak di kawasan kebun getah.

“Mereka terlebih dulu dikesan memasuki negara ini melalui pagar sempadan oleh tim ronda. Selepas iu, pergerakan mereka terus dijejaki dan kesemua PATI tersebut didapati bersembunyi dalam kawasan semak di kebun getah itu yang terletak di sektor Op Benteng, Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Kenyataan itu menambah, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 44 tahun.

“Sebanyak tiga telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM967 dalam mata wang Malaysia dan Thailand, serta 31 beg pakaian turut dirampas bersama PATI tersebut.

“Pasukan operasi akan terus meningkatkan kawalan di sempadan negara baggi mengekang kemasukan PATI dan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here