Guru pendidikan moral maut dipercayai terbabit pergaduhan

0
540

SEORANG guru dilaporkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kulim, Kedah, pada Khamis, selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, mangsa seorang guru pendidikan moral sebuah sekolah di Pulau Pinang berusia 54 tahun dikatakan pergi ke satu lokasi bersama rakannya.

Katanya, guru berkenaan didatangi beberapa individu dan telah tercetusnya pergaduhan.

“Mangsa bagaimanapun dibawa pulang ke rumahnya di Lunas, Kulim oleh rakannya dalam keadaan cedera.

“Isteri mangsa yang bimbang dengan tahap kecederaan mangsa telah meminta rakan suaminya membawa mangsa ke ke Hospital Kulim pada jam 9.15 malam Rabu,” katanya, lapor Astro AWANI.

Jelas Suresh, menurut doktor mangsa mengalami patah tengkuk dan terpaksa bergantung akan alat bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi Khamis.

“Kini polis sedang menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here