Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar -

Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar

MASJID Nurul Iman Sabindo, berhampiran Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah musnah dalam satu kebakaran, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, bangunan masjid jenis separuh kekal berkeluasan 297 meter persegi berkenaan terbakar hampir 95 peratus keseluruhan strukturnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.38 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi, pasukan terus melakukan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 100 meter dengan empat pancutan.

“Operasi pemadaman yang menggunakan sumber air dari pili bomba itu akhirnya berjaya mengawal api pada jam 4.26 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, lapor BH Online.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.17 pagi.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian dan jumlah kerugian masih sedang giat dijalankan oleh pasukan forensik JBPM.