Lebih 30,000 pelajar IPTA gagal tamat pengajian sepanjang wabak

0
277

SERAMAI 30,904 pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak menamatkan pengajian sepanjang wabak Covid-19, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurut data rasmi sistem MyMoheS KPT antara 2020 hingga 2021 itu, antara faktor utama dikenal pasti ialah masalah kesihatan, masalah peribadi, gagal peperiksaan dan gagal mendaftar.

Pada 2021, seramai 17,613 pelajar (2.99%) daripada keseluruhan 589,879 pelajar sedia ada direkodkan tidak menamatkan pengajian di universiti awam.

“Pada 2020 pula, seramai 13,291 pelajar (2.27%) daripada 584,576 pelajar sedia ada direkodkan tidak menamatkan pengajian,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Sehubungan itu, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, antara inisiatif kementerian untuk menangani isu tersebut termasuk menyediakan kemudahan biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan sasar yang layak, termasuk pelajar B40.

“KPT menerusi IPTA juga turut menyediakan program intervensi akademik seperti sistem penasihat akademik (PA), dan program intervensi bukan akademik seperti perkhidmatan kaunseling individu dan berkelompok, ‘buddy system’, program motivasi, program mentor-mentee, ‘Academic Special Program’ bagi membantu pelajar di IPTA meneruskan pengajian mereka,” katanya lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here