Gangguan bekalan elektrik: Lampu isyarat di KL tidak berfungsi

0
237

PENGGUNA jalan raya di Kuala Lumpur diminta supaya berhati-hati berikutan lampu isyarat di sekitar ibu negara mengalami gangguan akibat bekalan elektrik terputus.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya mengingatkan pengguna jalan raya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Bekalan eletrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus termasuk Kuala Lumpur.

“Insiden ini menyebabkan lampu isyarat di sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi dan mengalami gangguan,” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu menurut DBKL, petugas Warden Trafik DBKL telah diarahkan untuk mengawal dan mengawasi trafik di jalan-jalan utama.

Pada Rabu, beberapa negeri di Semenanjung melibatkan kawasan tertentu turut dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Selain Lembah Klang, gangguan turut berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Pahang.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum ini memaklumkan, pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here