Bekalan elektrik terputus di Lembah Klang

0
287

PELBAGAI kawasan di Lembah Klang berdepan masalah gangguan bekalan elektrik, dengan beberapa kawasan kini dalam keadaan gelap.

Berdasarkan aduan warganet di media sosial, kawasan terjejas termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Selayang, Cheras dan Bandar Sunway lapor FMT.

Masalah gangguan bekalan elektrik berlaku ketika hujan lebat di Lembah Klang.

Laporan turut mendakwa gangguan bekalan elektrik besar-besaran berlaku di Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here