Pembayaran tanpa tunai di semua fasiliti KKM mulai Oktober ini

0
402

SEMUA fasiliti Kementerian (KKM) dijangka akan menerima pembayaran tanpa tunai mulai Oktober depan.

Pembayaran boleh dibuat menerusi mod e-pembayaran seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet mulai 1 Oktober 2022, manakala pembayaran secara tunai hanya dibenarkan jika pelanggan tidak mempunyai akses sedemikian.

Dalam satu pekeliling Ketua Setiausaha KKM, yang bertarikh kelmarin menyatakan, pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi itu ditetapkan menerusi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia Tahun 2021 bagi peringkat Persekutuan dan negeri.

Ia turut dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya ketirisan hasil kerajaan, selaras dengan Pelan Antirasuah KKM 2021-2022

“Semua fasiliti KKM hanya akan menerima bayaran secara tanpa tunai sahaja melalui mod e-pembayaran seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet mulai 1 Oktober 2022.

“Terimaan bayaran secara tunai hanya dibenarkan jika pelanggan tidak mempunyai sebarang mod e-pembayaran atau akaun bank,” menurut kenyataan itu lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here