Keluarga pemilik kelab komedi terima ugutan bunuh

0
248

POLIS menerima laporan yang mendakwa keluarga pemilik kelab komedi menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan polis dibuat pemilik syarikat Mycomedy Sdn Bhd, semalam.

“Polis mengesahkan laporan yang dibuat, ugutan diterima oleh isteri pemilik kelab berkenaan daripada seorang lelaki tidak dikenali.

“Ugutan yang diterima mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan cat di premis terbabit,” katanya,” lapor BH Online.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, media melaporkan premis restoran merangkap Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu disimbah cat berwarna merah dan hitam.

Kejadian itu disedari selepas pihak polis menerima panggilan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam pada jam 7 pagi.

Pada 14 Julai lalu, polis menahan pengasas bersama kelab komedi berkenaan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi berdiri di kelab itu.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah lokasi di ibu negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here