[VIDEO] MPN kecewa isu pengambilan pekerja asing belum selesai

0
1172

KERAJAAN digesa  menyelesaikan isu pengambilan pekerja asing dengan mempermudahkan lagi prosedur kemasukan mereka ke negara ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata memang diakui sudah ada tindakan memudahkan pengambilan dan kemasukan oleh kementerian dan agensi berkaitan, tetapi perlu dipermudahkan lagi prosedur sedia ada.

“Saya agak kecewa kerana isu ini belum dapat diatasi. Proses pengambilan pekerja asing ini masih lambat yang memberi kesan besar kepada industri dan proses pemulihan.

“Mungkin ada keperluan kementerian agensi berkaitan permudahkan lagi walaupun prosedur itu sudah mudah” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat dengan tokoh ekonomi, perniagaan dan ahli akademik di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Kuala Lumpur pada Selasa.

Muhyiddin berkata, beliau berasa agak kecewa kerana  isu itu masih belum dapat diselesaikan sedangkan ada keperluan mendesak dalam banyak sektor pekerjaan seperti industri kecil dan sederhana (SME), perladangan dan pembinaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here