Lelaki hina Islam direman empat hari

0
396

LELAKI yang ditahan kerana menghina agama Islam, semalam direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata lelaki berusia 39 tahun itu direman hingga Khamis ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, suspek berusia 39 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan, ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Bukit Kuchai, Puchong, dekat sini.

Tangkapan terhadapnya dibuat susulan satu laporan polis oleh orang awam pada jam 3.28 pagi, hari yang sama.

Siasatan dan tangkapan dibuat bersabit satu video berdurasi 36 saat yang tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki menghina umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

BH Online melaporkan, polis turut merampas satu telefon bimbit yang digunakan oleh suspek bagi merakam video itu untuk siasatan.

Siasatan kes dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here