Murid patah kaki, guru KAFA direman

0
269

SEORANG guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) direman tiga hari bagi membantu siasatan seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata tempoh reman suspek yang berusia 37 tahun itu bermula hari ini.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah dijalankan.

“Suspek yang ditahan semalam dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman sebelum dibenarkan reman selama tiga hari,” katanya, lapor BH Online.

Media semalam melaporkan murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru KAFA dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang, Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Ibu mangsa berusia 36 tahun menyedari kejadian menimpa anaknya kira-kira jam 5 petang hari yang sama selepas mangsa mengadu kakinya sakit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here