Jawatan Zuraida, TPM adalah sebahagian daripada perjanjian – Muhyiddin

0
332

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan wujud perjanjian bersama Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, perjanjian itu disaksikan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan draf digubal oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Jadi semua pimpinan tertinggi PN tahu itu, kehadiran kita dalam kerajaan sekarang adalah PN.

“Antara contoh selain jawatan itu adalah bilangan (kuota) jawatan dalam kabinet, waktu saya, keadaan tak banyak berubah, itu adalah antara perjanjian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kenduri Rakyat Aidiladha anjuran PN Perak di Manjoi, Perak.

Muhyiddin sebelum ini dilapor telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri bagi mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

Mengulas lanjut bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya menuntut perkara yang wujud di dalam perjanjian yang dimeterai.

“Sebab itu apabila Datuk Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu, wajarlah kuota itu diisi oleh ahli parlimen Bersatu.

“Kita tidak tuntut lebih, kita hanya tuntut yang termaktub dalam perjanjian. Yang mana PM tandatangan, disaksikan Tan Sri Annuar Musa, saya sebagai pengerusi PN,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here