Empat maut nahas kereta, lori di Roban

0
275

EMPAT mangsa termasuk pemandu dan penumpang sebuah kereta maut dalam satu nahas jalan raya berhampiran simpang Roban, Jalan Saratok, di sini, pada Isnin.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan kemalangan terbabit pada jam 6.53 pagi, dan segera mengaktifkan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori, sementara keempat-empat mangsa berada di dalam kereta tersebut.

“Kesemua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi,” katanya lapor Astro AWANI.

Sementara itu, difahamkan pemandu lori yang terlibat hanya mengalami cedera ringan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here