8 kenderaan musnah dalam kebakaran hutan

0
268

SEBANYAK lapan kenderaan musnah terbakar dalam kebakaran hutan berhampiran Jalan Nova U5/94A Laman Permai, di Sungai Buloh malam tadi.

Memetik laporan BH, semua kenderaan terbabit diletakkan di hadapan bengkel berhampiran kawasan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.29 malam.

“Sejurus selepas menerima panggilan, sepasukan 15 anggota bersama dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran hutan yang turut menyebabkan lapan kenderaan terbakar. Operasi pemadaman segera dilakukan hingga kebakaran berjaya dikawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here