91 pegawai kesihatan akan ditempatkan di HKL, HTA – Khairy

0
274

SERAMAI 91 pegawai kesihatan yang menamatkan pengajian akan diserap ke Hospital Tunku Azizah (HTA) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menggantikan seramai 86 pegawai yang berpindah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kesemua pegawai itu ditugaskan di kedua-dua hospital tersebut pada 18 Julai ini.

“Saya nak maklumkan bahawa seramai 91 pegawai perubatan yang telah menamatkan siswazah telah diluluskan pertukaran masuk ke HKL dan HTA mulai 18 Julai.

“Kelulusan perpindahan ini dibuat selaras dengan pelaksanaan pertukaran keluar seramai 86 pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah ke fasiliti perubatan lain,” katanya pada satu sidang media, pada Jumaat.

Sebelum ini, tular satu dakwaan di media sosial mengatakan bahawa HKL dan HTA berdepan isu kekurangan pegawai sehingga menyebabkan kesukaran operasi di kedua-dua fasiliti perubatan itu.

Namun, KKM telah menyangkal dakwaan itu dengan mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu adalah satu isu yang tidak berbangkit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here