Musim kemarau landa negara di Asia Tenggara

0
377

MUSIM kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand telah bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

Musim ini dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya yang berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

“Fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah, dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini,” menurut ASMC dalam satu kenyataan, menurut laporan Astro AWANI.

Selain itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD), dijangka akan membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.

Namun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Oleh itu, ASMC menggesa penduduk di rantau ini agar terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.

ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here