Tiada SOP tambahan bagi ibadah korban tahun ini – MAIK

0
348

UMAT Islam di Kelantan dibenarkan melaksanakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha tahun ini tanpa sebarang prosedur operasi standard (SOP) tambahan.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Sehubungan itu, ibadah korban boleh dilakukan di mana-mana tanpa syarat tambahan seperti dalam tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Saya rasa tidak menjadi masalah (melaksanakan ibadah korban) setakat ini, jika dilihat kes positif COVID-19 di negeri juga terkawal dan menurun.

“Ibadah korban di kampung juga tiada masalah, mahu buat di mana-mana kita tidak halang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Wakaf MAIK di Kota Bharu, Kelantan pada Isnin, lapor Bernama.

Ditanya mengenai Bulan Wakaf MAIK, Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman umat Islam berkaitan kepentingan ibadah tersebut.

“Kita akan mempromosikan produk wakaf MAIK seperti wakaf hartanah, wakaf kesihatan, wakaf pendidikan dan lain-lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here