Isu harga barang:Perlu pelan jangka panjang, holistik:Muhyiddin

0
267

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

KERAJAAN perlu bersedia termasuk merangka pelan jangka panjang dan holistik dalam berdepan isu kenaikan harga barang ketika ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini termasuk isu inflasi yang sedang melanda negara kini.

“Memang ada langkah (diambil kerajaan) tetapi (memerlukan dalam) konteks yang lebih besar. Bukan setakat sekarang tetapi masa kehadapajn ini. (Kalau) ikut pihak antarabangsa situasi akan bertambah lebih buruk, jadi kena lebih bersedia bagamana tangani masalah seperti ini.

“Ini bukan Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia selepas pendemik (berakhir), selepas sempadan (antarabangsa dibuka) dan ekonomi baru nak bermula, ada isu lain yang berbangkit disebabkan gangguan rantaian bekalan makanan dunia bekalan keperluan asas terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Bakal Haji dan Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pagoh di Tapak Pasar Tani Pagoh, pekan Pagoh, Muar, hari ini.

Katanya, MPN akan terus berperanan sebagai badan penasihat kepada kerajaan terutama ketika negara berdepan isu-isu tersebut.

Pihaknya akan sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran tetapi terserah kepada kerajaan sama ada untuk menerima cadangan tersebut atau sebaliknya.

Tambahnya, pihak MPN ada berbincang bersama tokoh dan pakar ekonomi berkenaan isu inflasi dan kenaikan harga makanan global serta jaminan keselamatan makanan untuk jangka masa pendek dan panjang.

“Susulan itu, MPN mencadangkan kepada kerajaan agar mempunyai strategi jangka pendek untuk mengeluarkan hasil bahan asas seperti makanan, ternakan dan lain-lain dengan menggunakan cara yang tersusun.

“Begitu juga dengan jangka panjang, semua perlu bersedia, kita sudah memberi idea,” ujar Ahli Parlimen Pagoh itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here