[VIDEO] Netizen terkejut tengok anak Awie

0
1341

BAGI netizen yang aktif di laman TikTok pasti tidak asing dengan trend memuat naik gambar bersama bapa ketika masih kanak-kanak dan gambar terkini.

Baru-baru ini, menerusi trend berkenaan, seorang gadis dengan nama akaun @aleeyantasha tular di TikTok selepas perkongsian videonya mendapat perhatian pengguna lain di platform berkenaan.

Mana tidaknya, video tular tersebut memaparkan gambar ketika gadis itu masih kecil duduk di atas pangkuan bapanya, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie.

@.aleeyantasha

still & always daddy’s girl 😗❣️

♬ suara asli – 🪐 – 🐙

Perkara itu menjadi kejutan buat rata-rata netizen setelah mendapati penyanyi berkenaan mempunyai seorang anak gadis yang cantik.

Difahamkan, Puteri Aleeya Antasha merupakan anak Awie bersama bekas isteri pertamanya, Arni Nazira, memetik artikel RotiKaya.

Malah, puteri kepada penyanyi rock itu juga dilihat memuat naik video menyambut ulang tahun kelahirannya ke-21 bersama bapanya.

Manakala di ruangan komen, ada segelintir netizen terutama kaum lelaki berseloroh dengan mencuba nasib untuk menjadi calon menantu Awie.

Tidak kurang juga antara mereka bergurau menyatakan takut untuk mengorat gadis tersebut selepas mengetahui bapanya adalah Awie.

“Lawa anak Datuk Awie,” komen seorang pengguna, @syukjs

“Cantik macam ibu dia, Arni Nazira,” luah seorang lagi pengguna, @sueshiman5

“Nak lepak satu meja pun takut. Bapa dia Awie satu Malaysia kenal,” kata @hevismeni dalam ruangan komen yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here