Tambang percuma di semua perkhidmatan RapidKL selama sebulan

0
338

PERKHIDMATAN pengangkutan awam di bawah RapidKL akan disediakan secara percuma selama sebulan bermula hari ini, sempena pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan percuma itu boleh didapati melalui perkhidmatan RapidKL termasuk MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas, memetik laporan MalaysiaNow.

Bercakap pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur hari ini, Ismail berkata pembukaan laluan MRT Putrajaya bakal menyaksikan penumpang harian melebihi 104,000 orang.

Menurutnya, laluan baru itu dijangka akan mencetus dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan yang lama atau yang belum dibangunkan di sepanjang laluan itu.

“Kemudahan laluan MRT Putrajaya ini, misalnya akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.

“Rakyat juga akan lebih mudah bergerak dan berulang-alik ke tempat kerja, bersosial dan mengakses kemudahan awam yang lain.

“Melalui pembukaan laluan ini, kerajaan yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan di bandar lain.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here