Thailand benarkan penduduk tanam, hisap ganja di rumah

0
573

Bermula hari ini, penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di rumah. Bagaimanapun Bangkok Post melaporkan, membenarkan ganja di negara itu menimbulkan kebimbangan ia boleh menyebabkan peningkatan ketagihan dadah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Jeneral Roy Ingkapairote berkata, polis tidak akan menahan sesiapa yang menghisap ganja di rumah.

Namun jika mereka menghisapnya di kawasan awam dan menyebabkan gangguan awam, mereka boleh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Dalam perkembangan terbaharu undang-undang di negara ini yang diterbitkan dalam Warta Diraja, ganja dibuang daripada senarai narkotik terlarang.

Ini bermaksud pengeluaran, import, eksport, pengedaran, penggunaan dan pemilikan ganja adalah dibenarkan, lapor Utusan Malaysia.

Penanaman ganja dibenarkan hanya untuk tujuan kesihatan dan perubatan, bukan bagi tujuan rekreasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here