Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Partey sah masuk Islam, Yakubu nama baru -

Partey sah masuk Islam, Yakubu nama baru

Thomas Partey menukar namanya kepada Yakubu selepas pemain bola sepak Arsenal itu memeluk agama Islam.

Pemain berasal dari Ghana itu membesar sebagai Kristian tetapi hidup dalam kalangan orang Islam di negara asalnya. Dia memeluk Islam berikutan perkahwinannya dengan Sara Bella yang berasal dari Maghribi.

Namun demikian, namanya kekal sebagai Partey apabila beraksi untuk kelab dan pemain 28 tahun itu akan meneruskan nama Thomas di belakang jersinya.

“Saya membesar bersama Muslim jadi pada akhirnya ia perkara yang sama. Saya sudah berkahwin dan nama Muslim saya Yakubu.

“Saya mempunyai wanita yang saya cintai, saya tahu kekasih-kekasih gelap akan meninggalkan saya, tetapi ia tidak akan menjadi masalah,” kata Yakubu berjenaka, lapor BH Online.

Gambar Partey dan seorang Sheikh di London pernah tular di mana mereka sedang memegang kitab suci al-Quran pada pertengahan Mac lalu.

Partey hanya beraksi 26 kali untuk Arsenal dalam semua pertandingan musim lalu akibat kecederaan dan penggantungan.

Kecederaan hamstring ketika kekalahan 3-0 di Crystal Palace pada 4 April menyaksikan kempennya berakhir awal dengan The Gunners tercicir daripada saingan kelompok empat teratas kepada Tottenham Hotspur.