Harga barang naik tanpa kawalan terus himpit rakyat

0
1423

ISU kenaikan harga barangan terus menghimpit rakyat di semua peringkat sama ada pengguna dan peniaga.

Tidak tahan dengan situasi kenaikan yang terus berlarutan, di samping kecewa dengan sikap acuh tidak acuh kerajaan, mereka meluahkan isi hati di media sosial.

“Kalau ada peniaga yang naikkan harga jualan, janganlah terus mengkritik dengan kata-kata cacian dan sebagainya,” ujar seorang peniaga kecil Rosefiyas.

Dalam hantaran di akaun Facebooknya, Rosefiyas berkata, kenaikan harga bahan mentah meresahkan ramai peniaga termasuk dirinya sebagai peniaga kecil-kecilan.

Katanya, sebelum ini harga tatura butter hanya RM9.20 tapi kini naik kepada RM11.50.

“Harga butter Lurpak pula sebelum ini RM8.20, sekarang Rm9.20.”

Antara keluhan peniaga kecil di atas kenaikan harga bahan mentah

“Harga marjerin Pelangi pula dulu sekitar RM6.70 tapi sekarang RM9.50/kg,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohamad Samsuri yang berkongsi pengalamannya di Facebook berkata, harga bahan mentah naik antara 20 peratus sehingga 40 peratus.

“Nak tak nak, kena naik harga jualan. Gaji naik, bahan mentah naik.

“Ikan Dory sebelum ni harga RM79 sekotak, sekarang RM124.90 sekotak, naik 36 peratus,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here