Daripada acara ritual nenek moyang, Bon Odori bertukar jadi pesta tarian musim panas

0
889

FESTIVAL Bon Odori (tarian Bon) adalah tradisi masyarakat Jepun beragama Buddha yang mengandungi unsur pemujaan nenek moyang untuk mendoakan mereka tidak menderita selepas mati.

Menurut maklumat di www.bonodori.net, perayaan ini sudah disambut di Jepun sejak 500 tahun lalu menampilkan persembahan tarian dikaitkan bagi menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun.

Amalan Buddha-Confucian itu berkembang menjadi musim cuti di mana keluarga berkumpul di tempat kelahiran nenek moyang, melawat dan membersihkan kubur mereka.

Perayaan Bon Odori asalnya mengenai nazar untuk melepaskan seorang ibu yang menjadi korban hantu Buddha.

Tarian ini pada asalnya suatu tarian rakyat Nenbutsu sebagai pelawaan kepada roh-roh si mati, dengan gaya persembahan berbeza ikut tempat.

Setiap kawasan memiliki gaya tarian serta muzik yang tersendiri. Muzik yang dimainkan boleh terkait dengan inti pati rohani Obon ataupun lagu-lagu min’yō tempatan.

Beberapa tarian dilakukan mengikut arah jam, dan beberapa tarian berjalan melawan arah jam di sekeliling yagura (perancah kayu tinggi khas) . Sesetengah tarian pula berbalik semasa tarian, walaupun kebanyakannya tidak.

Perayaan ini berlangsung selama tiga hari.

Selari peredaran masa dan perkembangan komuniti Jepun di luar negara, Bon Odori banyak diadakan di lain-lain negara termasuk Malaysia dengan pengubahsuaian sesuai dengan masyarakat setempat.

Menurut sebuah artikel dalam Trends in Japan, daripada acara ritual untuk roh nenek moyang, penganjuran Bon Odori kini lebih bersifat hiburan dan pesta tarian musim panas.

(sumber : http://www.bonodori.net/E/sekai/bonabc3.HTML, “Bon Odori | Cultural traditions | Japan Travel Guide – Japan Hoppers)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here