Tular bekas KPN jual sayur

0
442

TULAR di media sosial sekeping gambar memaparkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador yang didakwa berniaga sayur di sebuah pasar pagi.

Sebelum ini media melaporkan Abdul Hamid, 64, aktif bertani selepas bersara dari jawatannya.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya, anak kelahiran ibu kota yang mengenakan kemeja-T berwarna biru tua itu kelihatan tersenyum, dihadapan deretan sayur yang dijual.

“Bekas KPN jual hasil sayur di kaki lima pasar awam. Ada berani yang lain?

“Tak segan pun , ‘salute’ kepada beliau,” tulis ciapan berkenaan.

Pada Mac tahun lalu, Abdul Hamid yang berkhidmat hampir 40 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan dirinya akan fokus terhadap hobi dan minatnya untuk bercucuk tanam selepas bersara.

Beliau menamatkan perkhidmatan secara rasmi pada 3 Mei tahun lalu selaku KPN sebelum diganti oleh Acryl Sani Abdullah Sani.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here