Pengawal keselamatan menyamar pegawai tentera cuba pikat janda dalam kem

0
805

HANYA kerana mahu memikat anggota tentera berstatus janda, seorang pengawal keselamatan nekad menyamar sebagai pegawai pasukan keselamatan.

Utusan Malaysia melaporkan, suspek berusia 27 tahun yang masih bujang itu ditahan di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau, Tampin kira-kira jam 5.50 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya merampas pakaian seragam tentera yang turut diserta aksesori termasuk pistol tiruan, beg dengan logo pasukan keselamatan serta gari.

“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin,” katanya.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.

“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here