Muhyiddin akan kemuka nama pengganti Zuraida kepada PM

0
391

TAN Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan nama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamarudin yang meletakkan jawatan hari ini.

Dalam kenyataan pada Khamis,Muhyidddin yang juga Presiden Bersatu berkata, kedudukan Zuraida sebagai ahli parti itu telah dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu baru-baru ini.

‘’Terdapat laporan bahawa beliau terlibat secara langsung dalam penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti tersebut. Susulan itu satu surat tunjuk sebab bertarikh 9 Mei 2022 telah dihantar kepada beliau. Beliau telah menjawab surat tunjuk sebab tersebut menerusi surat bertarikh 23 Mei 2022,’’ katanya.

Langkah seterusnya kata Muhyiddin ialah untuk merujuk kes beliau ke Lembaga Displin parti.

‘’Namun demikian memandangkan beliau telah membuat pengumuman menyertai PBM melalui satu kenyataan akhbar hari ini, keahlian beliau dalam Bersatu telah gugur serta merta mengikut Fasal 1- Perlembagaan Bersatu.

‘’Saya mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan beliau kepada Bersatu selama ini,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here