Noorizlin dilapor hilang di Korea Selatan

0
563

SEORANG rakyat Malaysia, Noorizlin Farahin Ayob, 24, dilaporkan hilang di Korea Selatan pada Rabu.

Perkara itu turut dikongsi melalui akaun Facebook Ling Ling yang memberitahu bahawa kali terakhir berhubung dengan Noorizlin adalah pada 10 Mei lalu dan alamat terakhir dikesan adalah di Cheongju-si, Chungcheongbuk-do.

Pemilik akaun tersebut turut meminta mana-mana pihak yang mengetahui plat kenderaan Noorizlin untuk melaporkan kepadanya dengan segera bagi memudahkan polis mengesan lokasi wanita terbabit.


“Mana tahu ada yang mempunyai gambar atau apapun sebab pihak polis minta untuk menjejaki lokasi dia (Noorizlin).

“Dia memang ‘outstation’, setahu saya dia beli kereta dengan orang Malaysia,” menurut Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here