Tiada laporan kes kanak-kanak dijangkiti cacar monyet dilaporkan – KKM

0
262

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus ‘monkeypox’ atau cacar monyet seperti yang ditularkan di media sosial.

Menurut KKM, bagaimanapun jika maklumat yang tular itu benar, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera,” kata kenyataan itu, pada Selasa.

Dalam pada itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya.

“Sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” katanya.

Terdahulu, sekeping gambar didakwa memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia mengalami penyakit cacar monyet tular di media sosial sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here