Polis buru Miss Global Estonia tuduh amal rasuah

0
213

POLIS Indonesia kini serang memburu seorang ratu cantik yang mewakili negara Estonia setelah menuduh pihak berkuasa di Bali mengamalkan rasuah dan korup.

Veleria Vasilieva bakal mengikuti pertandingan Miss Global 2022 yang akan berlangsung di pulau berkenaan tidak lama lagi.

“Namanya Veleria dan dia merupakan perwakilan dari Estonia yang bertanding Miss Global di sini.

“Kita belum tahu apa aktiviti mereka di sini kerana belum ada maklumat mengenainya,” wakil polis, Nanang Peihasmoko dalam satu sidang media di Denpasar.

Setelah tersebarnya video yang menuduh pihak polis terlibat dengan rasuah, mereka terus mencari Veleria untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan.

Pihak polis juga buntu kerana acara tersebut masih lagi belum bermula dan tidak dapat mengesan penganjur acara untuk membantu siasatan.

“Setelah melakukan siasatan ke atas hotel tempat dia menginap, kami ke sana namun tidak menjumpai wanita tersebut.

“Dia ada bergambar di sebuah hotel di Bandung namun sudah meninggalkan lokasi berkenaan saat kami tiba. Pihak kami masih lagi mencari lokasi sebenarnya,” tambah Nanang lagi.

Pihak polis percaya Veleria masih lagi berada di Bali dan masih belum ada rekod dia keluar daripada pulau berkenaan berdasarkan rujukan kepada pihak imegresan.

Pihak Kementerian Undang-Undang di Bali pula menganggap kes ini mencalarkan reputasi pihak polis di pulau berkenaan.

“Kes ini sudah viral dan ia memang memberikan reputasi buruk kepada pihak polis,” kata Anggiat Napitulupu pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here