Kes baharu catat bawah 2,000

0
228

SEBANYAK 1,817 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tengah malam Ahad menerusi laman sesawang COVIDNOW.

1,814 kes merupakan kes jangkitan dalam negara sementara 3 daripadanya merupakan kes import.

Angka tersebut menjadikan kes aktif dalam negara kepada 26,511 kes dengan 95.7 peratus bersamaan 25,366 pesakit menjalani proses kuarantin di rumah.

Laman sesawang berkenaan turut melaporkan bahawa terdapat 1,087 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dengan 23 daripada angka tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam pada itu, seramai 3,389 penghidap Covid-19 juga telah sembuh setakat tengah malam semalam yang membawa kepada kes sembuh keseleruhan kepada 4 juta kes.

Terdapat dua kematian dicatatkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kes kematian berlaku di luar hospital (BID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here