Aneh! Facebook milik mendiang Tangmo kembali aktif

0
362

AKAUN Facebook milik selebriti terkenal Thailand yang telah meninggal dunia Februari lalu, Tangmo Nida, kini kembali aktif menimbulkan persoalan ramai orang.

Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Status pertama yang dimuat naik pada 11.23 pagi memaparkan gambar Tangmo dari belakang dengan status berbunyi; “Saya telah didera oleh rakan yang disayangi dan dipercayai”. 

Kemudian, menerusi status kedua pula pada pukul 4.10 petang, ia memberitahu Tangmo tidak ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu.

“Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang.

“Jika tak mahu cakap benar, saya akan ceritakan semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang.

Delete (padam) semua details (perincian) dalam handphone.. Jangan ingat tak boleh recall (dapat kembali)balik ya kawan-kawan baik ku,” tulis akaun berkenaan.

Status lain yang dimuatnaik di Facebook Story pula seperti cuba memberitahu tentang kebenaran apa yang telah berlaku.

“Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang,” tulis akaun itu lagi.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa status itu ditulis oleh ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothi, namun, peguam wanita berkenaan menafikan perkara terbabit.

Sebelum ini, pihak berkuasa membuat keputusan bahawa Tangmo telah meninggal dunia akibat lemas dan bukan kerana terjatuh dengan sengaja ke dalam sungai Chao Phraya selepas dua bulan siasatan.

Ia sekali gus menafikan tuduhan kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian rakan-rakannya.

Untuk rekod, Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di sungai Chao Phraya pada 24 Februari dan mayatnya ditemui dua hari kemudian. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here