Siasat kejadian murid makan bersila atas lantai

0
355

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) diminta menjalankan siasatan segera berhubung kes tular di media sosial berkenaan sekumpulan pelajar sebuah sekolah duduk dan makan di atas lantai tanpa sebarang alas.

Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui kebenaran dan mengelak tanggapan serta persepsi negatif oleh pelbagai pihak.

Menurutnya, sepatutnya pihak sekolah perlu menyediakan tempat makan yang sesuai dan bersih kepada pelajar.

“Adalah tidak wajar murid diperlakukan sebegitu khususnya ketika sambutan hari guru sedangkan tetamu kehormat disediakan meja makan yang khusus.

“Jika benar- benar berlaku, ia amat dikesalkan dan tidak sepatutnya terjadi. Mungkin pihak sekolah boleh sediakan alas seperti tikar untuk murid-murid duduk bersila agar nampak tertib dan sesuai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau lagi, pengurusan sekolah juga perlu cakna terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan kebersihan supaya sekolah menjadi tempat yang selamat dan bersih.

“Kementerian Pendidikan (KPM) juga perlu menaik taraf lantai kantin yang sudah uzur dan daif dengan lantai yang lebih bersih dan memenuhi standard yang ditetapkan.

Terdahulu, beberapa gambar tular di laman Facebook menunjukkan sekumpulan pelajar duduk bersila dan makan di atas lantai sempena sambutan Hari Guru hingga mengundang kemarahan orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here