Tiada kesan kehadiran harimau di Kemensah Height – Perhilitan

0
317

Siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Memetik laporan Astro Awani, Perhilitan Selangor menjelaskan sembilan kakitangan daripada Ibu Pejabat Perhilitan, Perhilitan Wilayah Persekutuan dan Selangor ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penemuan seekor harimau berkeliaran di Jalan Tropika Kemensah 3, kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.

“Sebaik laporan diterima kita menjalankan pemantauan susulan di kawasan aduan antara pukul 11.30 malam dan 3 pagi tadi.


“Tiada kesan jejak Harimau Belang dijumpai di lokasi itu dan laluan rentis di sekitarnya kawasan aduan, malah pengawal keselamatan yang didakwa melihat haiwan berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan kehadiran hidupan liar itu,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi Instagram di sini, pada Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here