Kes baharu COVID-19 kekal empat angka, catat 2,373 kes

0
311

Kes baharu COVID-19 di negara ini terus mencatatkan pertambahan empat angka sebanyak 2,373 kes setakat semalam.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, 2,370 kes dilaporkan membabitkan kes penularan tempatan sementara tiga kes lagi merupakan kes import yang dijangkiti di luar negara.

Pertambahan kes itu membawa kes aktif kepada 29,762 kes di seluruh negara dengan sebanyak 95.5 peratus bersamaan 28,452 kes menjalankan tempoh kuarantin di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,261 kes sedang menerima rawatan di hospital sementara seramai 16 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 31 pesakit pula dirawat di ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan dan 29 penghidap lagi dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Daripada kes yang dilaporkan itu, Selangor mencatatkan kes tertinggi (1,089) diikuti Kuala Lumpur (359) dan Pulau Pinang (189).

COVIDNOW turut melaporkan sebanyak 1,340 kes sembuh sekaligus menjadikan jumlah individu yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus ini kepada 4,410,499 kes di seluruh negara.

Dalam pada itu, sebanyak lima kes kematian turut dicatatkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) yang menjadikan jumlah korban COVID-19 kepada 35,612 kes. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here