Barang beli online kena ‘peram’, pengguna ‘hangin’ lepas geram

0
629

SELAIN isu harga barang melambung naik dan kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan, satu lagi isu yang menghimpit dan mendesak pengguna namun dipandang sepi pihak berkuasa kegagalan syarikat perkhidmatan penghantaran barangan menyerahkan barangan ke tangan pengguna.

Sikap lepas tangan platform-platform edagang dalam menyelesaikan isu ‘barang diperam syarikat penghantaran’ memburukkan lagi keadaan.

Meskipun rungutan itu banyak disiarkan di media-media sosial, tiada penyelesaian tuntas dilakukan termasuk campur tangan pihak berkuasa sehingga meletakkan pengguna dalam keadaan serba salah dan pasrah

Malah ada yang mengambil jalan lebih tegas dengan membuat laporan polis menuntut siasatan dilalukan.

Seorang pengguna, Abu Azim Azizi memberitahu dia membuat laporan polis kerana mendakwa pengurusan hab pengedaran syarikat penghantar barangan melarikan dan menyembunyikan barang pelanggan.

‘Semoga jadi pengajaran buat manager hub yang sombong tu,” ujarnya dalam perkongsian di akaun Facebooknya

Antara rungutan dan perkongsian pengguna e-dagang yang menghadapi masalah yang sama

Perkongsian Abu Azim mendapat maklum balas pengguna lain yang turut berkongsi pengalaman sekali gus menggambarkan betapa serius masalah ini

“3 barang stuck dekat shopee wangsa maju… Ada yang since 24hb nak self collect tak boleh katanya,” ujar pengguna Ashiqin Haris yang berkongsi masalah yang juga dihadapinya.

“Shopee Express Wangsa Maju banyak kali buat hal… Tak hantar barang, simpan je kat Hub…” ujar Fazz Lee, menyokong perkongsian yang dibuat.

“Saya punya sebulan Shopee Express peram… Last2 cakap barang “damaged”. Last2 I tekan butang cancel and refund, dah seminggu Shopee tak refund lagi,” menurut Zoey Al yang juga sempat berkongsi pengalamannya berkaitan kelewatan penghantaran barangan yang dibeli.

“Lama sangat simpan barang dari kucing belum beranak sampailah anak kucing dah pandai berjalan dan sekarang nak tunggu anak kucing terbang pulak,” kata Shiraz Mikael yang menyatakan masalah itu dalam nada bergurau.

“Shopee Express hub wangsa maju… Senang je jawab tak bila boleh jumpa barang. Suruh cari pun taknak. Suruh tulis nama dekat buku,” adu Burhanuddin bin Hj Bahuri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here