Khidmat tentera, BTS cetus polemik lagi

0
471

KUMPULAN BTS mencetuskan polemik baharu kepada Korea Selatan apabila Menteri Kebudayaan, Hwang Lee mereka mencadangkan agar kesemua ahli kumpulan diberikan pengecualian menyertai latihan ketenteraan.

Pihak kementerian mencadangkan agar mereka diberi pilihan melakukan tugasan alternatif lain agar terus menyumbangkan sesuatu buat negara.

Perdebatan tersebut juga menjadi topik utama perbincangan memandangkan ada pihak mahu mereka diberikan pengecualian terus daripada menyertai tentera.

“Ini masanya untuk mencipta sistem agar dapat memasukkan tokoh budaya popular dalam kategori seni,” kata Hwang Lee dalam satu sidang media baru-baru ini.

Seperti mana yang diketahui, beberapa pengecualian diberikan kepada mereka yang mengharumkan nama negara yang diletakkan dalam beberapa kategori sejak dahulu lagu.

Bagi Hwang, sudah tiba masanya mereka memasukkan beberapa kategori lain untuk mereka yang menerima penghargaan global termasuklah bidang muzik klasik daripada menyertai tentera.

Mereka perlu diberikan alternatif agar dapat terus menyumbangkan sesuatu kepada negara agar dapat terus mempromosikan Korea di mata dunia.

“Kita mahu mengubah sistem agar mereka yang terlibat terus dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara. Tidak ada sebab untuk kita memberikan alasan bidang seni popular harus dikecualikan.

“Saya fikir seseorang harus bersuara pada saat terjadinya perselisihan pendapat menjelang pendaftaran wajib beberapa anggota BTS nanti,” jelasnya lagi.

Sejak dahulu lagi Korea mewajibkan semua lelaki di sana menjalankan tugas ketenteraan selama dua tahun.

Isu mula menjadi polemik apabila Jin selaku ahli tertua BTS akan mendaftar wajib menyertai tentera pada Disember hadapan.

Pihak Kementerian Kebudayaan pula menganggap penyertaan mereka nanti akan menghentikan puncak kejayaan BTS dan memberikan kerugian kepada negara dan seleluruh dunia.

Untuk itu, mereka akan membentangkan undang-undang baharu di Parlimen Korea memandangkan ada pertentangan pendapat dengan Kementerian Pertahanan yang menguruskan hal khidmat ketenteraan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here