Johnny Depp ‘dibuang’ Disney gara-gara keganasan rumah tangga

0
694

Gara-gara dituduh melakukan kekerasan rumah tangga kepada bekas isterinya, Amber Heard, pelakon sensasi Johnny Depp kehilangan peluang untuk menyambung sekual Pirates Of The Caribbean.

Dia bukan sahaja ‘dibuang’ daripada meneruskan sekual berkenan malah turut hilang kontrak lakonan yang bernilai AS$22.5 juta apabila pihak Disney membatalkannya serta merta.

Menurut wakil Depp, Jack Whigham dalam perbicaraan berprofil tinggi melibatkan saman fitnah antara mereka, dakwaan yang dilemparkan oleh Heard disiarkan sebagai malapetaka kepada kerjaya seni Depp.

Sebelum itu Heard ada membuat dakwaan melalui penulisan yang disiarkan dalam Washington Post memberikan stigma buruk sehingga menjejaskan karier pelakon berkenaan di Hollywood.

Padahal ketika itu pihak mereka dan Disney sudah pun mencapai kata sepakat untuk Depp menyambung watak dalam filem berkenaan.

“Perjanjian itu ditetapkan dengan bayaran AS$22.5 juta,” katanya memberikan keterangan.

Disebabkan kenyataan tersebut, Disney beralih arah sehingga membuatkan Depp memfailkan saman fitnah kepada Heard hasil tulisannya sendiri dalam kolum seperti disiarkan Washington Post.

Depp juga menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta dan saman itu dibalas oleh Heard dengan memfailkan saman lain menuntut AS$100 juta kerana melakukan penderaan dan keganasan fizikal oleh lelaki berkenaan.

Menafikan dia pernah melakukan penderaan fizikal, Depo mendakwa pelakon yang popular dengan filem Aquaman itu sering bertindak ganas.

Beberapa saksi dipanggil memberikan keterangan termasuklah anggota pasukan keselamatan Depp, Travis McGivern.

McGivern memberitahu mahkamah, beliau ada ketika satu insiden pergaduhan pasangan itu di kediaman mereka di Los Angeles di mana Heard didakwa menumbuk muka Depp, membaling tin minuman dan meludah pada Depp.

Depp dan Heard bertemu pada 2009 di set penggambaran filem The Rum Diary sebelum berkahwin pada Februari 2015 dan bercerai dua tahun kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here